Search This Blog

Tuesday, October 9, 2012

Tenangnya melihat saudara baru!

Assalamualaikum..................

Di sini ingin saya kongsikan kepada semua  tentang  saudara baru.. Penghijrahan seorang junior saya masuk Islam dan mendalami agama Islam.. Tenangnya melihat dia.. Apatah lagi berpurdah. Cukup menginsafkan diri apatah lagi  kita sudah celik mata diperkenalkan dengan agama ISLAM namun masih lagi belum mampu menjadi hamba ALLAH yang sebenarnya...

Allah berfirman yang ertinya “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang yang menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi hidayah buat kita.. Aamiin........................... 


> Insaf Diri..........



 

Sumber gambar  :  http://myikhtiar.com

" Ya Allah, ingatkan aku ketika alpa.... Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberi    petunjuk."

Friday, October 5, 2012

Assalamualaikum....

Salam penghulu hari.. Hari Jumaat yang penuh barakah..... Nyaman dan sejuk pagi ini  apabila hujan rahmat membasahi bumi... Syukur, aku masih lagi dapat membuka mata melihat keindahan dunia ini............................... Suasana di kampung yang nyaman apatah lagi luasnya sawah yang terbentang.. Itulah suasana Kedah Negeri Jelapang Padi...

Pagi tadi aku membaca tafsir Quran... Satu ayat yang maksudnya : 

"Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk." Surah al-Isra' (32).

Perkataan "mendekati" sudah mencukupi untuk kita memahami bahawa Allah menyuruh hambaNya supaya jgn melakukan sesuatu atau penyebab menghampiri zina... Pelbagai bentuk zina yg aku ketahui antaranya zina mata, zina hati, dan pelbagai lagi..(andai pembaca lebih mengetahui kongsilah di sini)

Ya Allah........ Selama ini aku berdosa........ Makin aku ingin melupakannya, makin kuat ingatanku kepadanya..Apakah ini ujian-Mu? Mungkin jua Engkau ingin menguji sejauh mana keazamanku untuk berjihad di jalan-Mu... Tidurku diulit mimpi akan dia... Kerehatanku teringat akan dia... Ampunkan aku ya Allah... Ku titipkan doa  agar Engkau membantu hamba-Mu ini.... Andai aku teringat akan dia, cepat-cepat aku memohon keampunan kepada-Mu.. Ini lah peringatan Allah.. Bahawa Allah ingin aku kembali kepada-Nya... Dan mungkin doaku dimakbulkan bahawa satu hari nanti Allah juga akan membawanya ke jalan yang lebih diredhai.. Mengapakah aku ingin kecewa sedangkan aku meminta agar kami sentiasa ditunjukkan jalan yang benar? Ya Allah.. Jagalah hatiku dan jua hatinya..... Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba-hamba-Nya....

Ingatlah Allah S.W.T berfirman :

"Dan dia antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
 Surah ar-Rum (21) 

>>> Redhalah andai dia bukan milikmu kerana dia belum HALAL bagimu.. Biarlah dia pergi andai belum  HALAL di sisimu.. Mungkin Allah akan menemukanmu dengannya kembali atau memberikan yang lebih baik untukmu.... Doaku sentiasa untukmu! Insyaallah...............



 


Wednesday, October 3, 2012

Wanita

 Tajuk Nasyid : Wanita
Artis : DeHearty
Album : Insan Istimewa


Lagu ini sering menjadi halwa telingaku ketika aku menyiapkan asignment....  Aku suka mendengar lagu ini kerana mmbuatkn aku ingin terus memperbaiki akhlak dan mningkatkn ketakwaanku kepada Allah.. Aku bukanlah insan yang baik tetapi ingin baik di mata ALLAH.. Jangan ditanya bagaimana permulaan kita, tetapi biarlah pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik.......... Mudah-mudahan kita diampunkan dosa..... Buat wanita di luar sana, semoga terpelihara dalam lindungan ALLAH selalu... Bangkitlah andai jalan yang kita lalui itu telah tersasar ke jalan yang lebih diredhai.... Kerana keampunan ALLAH ada bersamamu!


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

 


Tuesday, October 2, 2012

Denai Larian, Kangar, Perlis

Assalamualaikum...

Entri kali ini tentang kunjungan saya ke Denai Larian, Kangar, Perlis... Pertama kali melalui titi gantung kat situ... Urm rasa gayat pun ada.... hu hu hu........... Apatah lagi apabila titi gantung itu bergoyang-goyang, kita pun  tergoyang-goyang sekali..... Di sana ada taman permainan, tapak refleksiologi, laluan untuk berjogging, titi gantung dan pelbagai lagi! Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah singgah... =)   Ada hikmah juga  dapat praktikum jauh dari negeri Kedah. Ada juga kesempatan untuk melihat tempat orang.. Subhanallah... Maha Suci Allah!!  =)




Aku Semakin Jauh

Aku Semakin Jauh...........................................................

Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Di sini aku merintih ... Aku yang semakin jauh pada-Mu ya Allah... Tapi Engkau sentiasa bersamaku... Hidupku bagai layang2  bertali kaca... Hatiku terluka... Namun, aku tahu ya Allah itulah peringatan-Mu kepada ku.. Kerana Engkau mengetahui isi hati hamba-MU... Engkau jua lah yang memegang hati-hati ini.. Itu ujian-MU...... Aku yang semakin jauh dari Mu... Engkau sayangkan hamba-MU .. Maka Engkau menarik kembali aku ke suatu destinasi yang benar...... Walhal kadang kala aku takutkan sesuatu...Takutkan kehilangan... takutkan kesepian.../ Maafkan daku Ya ALLAH.... Setiap hari kita tentunya pernah melalui hari-hari baru dengan penuh kegelisahan dan keraguan. Tentunya ada hari-hari dimana jiwa kita terasa lemah dan payah untuk bangun dan menghadapi tekanan dan cabaran kehidupan. Kepada siapakah yang sewajarnya kita sandarkan? ALLAH... Jawapannya... Aku tahu aku bukanlah insan yang baik.. Tapi aku ingin menjadi baik di matanya... Aku lemah... Aku belum cukup ilmu.... Tak mampu ku ucapkan............ Syukurlah hingga hari ini andai aku tersasar Engkau menyuluh jalan agar aku kembali kepada-MU. Ya Allah.... Aku serahkan segalanya kepadaMU.... Aku serahkan pilihan itu kepada-Mu.. Sabarkan hatiku.,.. Kuatkan semangatku..... Aamiin............... 


Friday, June 22, 2012

Perginya Takkan kembali Lagi

Dedikasi buat arwah kak Zarina Binti Tardan -Perginya  yang takkan kembali lagi

Assalamualaikum... Buat pembaca blog saya, marilah sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwan kak zarina binti tardan yang telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam. Hari ini saya menelefon kak as untuk memastikan kebenarannya. Kali terakhir saya bertemu dengan arwah di program Nisa' Parit Buntar (Ban Pecah, Tanjong Piandang, Perak). Arwah merupakan pengarah program tersebut (bagi sesiapa yg tercari2 siapakah arwah, mungkin mengingatkan anda kepada arwah). Usai saya solat sunat hadiah, tak mampu saya menggambarkan dengan kata-kata. Keredhaan adalah segala-galanya. Walaupun hanya sementara cuma saya bertemu dengan arwah kak zarina tapi ia mampu menimbulkan bait-bait rasa kasih sayang antara adik dengan kakak. Kisah ini turut mengingatkan diriku tentang kejadian yang turut menimpa rakan sekampusku kira-kira empat bulan yang lalu. Sebagai hamba, kita diingatkan tentang kematian yang pasti akan datang. Dan segala-galanya perancangan Allah.

Salam takziah buat keluarga arwah. Hanya doa yang mampu diberikan kepada arwah. Buat arwah kak zarina binti tardan semoga ditempatkan di kalangan hamba-Mu yang solehah... Aamiin.......


                                                  KENANGAN KAMI BERSAMA





p/s : AL-FATIHAH buat teman sekampus yg telah pergi menemui Illahi - Arwah Hatim.

Thursday, January 19, 2012

Rindu?

Rindu......
Ada kalanya sukar ditafsirkan pengertiannya...
Ada yang rindu tatkala berjauhan...
Ada yang rindu tatkala orang yang dirindui sudah berada di depan mata..
Ada  yang rindu tatkala hati  masih terluka..
Ada yang rindu tatkala hati masih kecewa..
Begitulah...
Perkataan RINDU membawa banyak erti..
Aku bukan ahli bahasa yang bisa mentafsir erti sebuah rindu..
yangku tahu hanya 'katakan rindu, andai rindu itu menggamit rasa'..
Tapi apakah kita ini hanya insan biasa?
Sedalam mana pengertian rindu itu?
Hingga di saat ini dan ketika ini..
Aku masih memendam rasa tentang erti sebuah RINDU...
Bagiku erti sebuah RINDU sangat mahal nilainya,
Hanya yang layak sahaja yang bisa mengungkapkan kata-kata rindu yang teristimewa!




Wednesday, January 18, 2012

Aku terima nikahnya ^_^

Thanks a lot  for my lovely sis because willingly to find this book !

                                            
                                       Insyaallah.. Baca sampai habis  nanti..hehe

Jodoh Manusia Ketentuan Ilahi..(Renungan Bersama)

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk
ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah  Maha Mendengar.

Memang kita mudah tersilap kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Ramai orang menempah neraka sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan
ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke Berapa ramaikah yang perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa asalkan segala impian menjadi nyata?Jadi, mari semak hikmah sebuah perkahwinan ye...

Jika tidak sanggup untuk bergelar tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang  bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan  mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin  itu sempadan dari ketidaksempurnaan  kepada kesempurnaan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. 

Apabila kita dah berkahwin, pegang tangan malah menciumnya juga dapat pahala tauu.... Tahniah kepada kawanku yang sudah bergelar isteri dan suami di usia muda... !!! (aku bila ek, kecik lg aku ni.. haha)

Seorang teman pernah  berpesan : 

"Kadang2 Allah sembuyikan  matahari..

Dia datangkan petir dan
kilat..
kita menangis dan
tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak
hadiahkan kita pelangi..^_^

`Cinta yang disemadikan
tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk
kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar
haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi
iman terselit didada...

P.S :-
Ramai yang ingin berkahwin tetapi ramai yang tidak tahu erti  sebuah perkahwinan.. Jika ditanya aku, jodoh, jangan terlalu mencari yang sempurna.. Masih belajarlah, nanti ada la tu jodohnye.. ngeh3.. Ayat-ayat cinta selepas berkahwin.. so sweet!!



Good Night ... Let's raise your hand and make du'a before you sleep =))





Sunday, January 15, 2012

Seindah Sebutir Pasir di Pantai

             
      Indahnya  ketika dapat berada di pantai.. Matahari terbit, pasir pantai, kulit siput, bayu laut, Semuanya aku suka... Dan pabila pagi menjelma, kicauan burung riang terbang bebas  di langit keluar mencari rezeki. Nasib burung-burung itu belum tentu adakah ia bisa pulang terbang ke  sarang atau tidak. Begitulah jua nasib manusia  yang lemah.... Damai rasanya.. Asyiknya jika dapat menguis pasir di tepi kakiku. Sekali sekala bayu laut menyapu  wajahku yang sering gelisah. Kadang kala burung camar menjadi penawar resahku ketika aku resah...... Apabila senja menjelma, warnanya cukup cantik..Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah..Jika boleh, ingin ku bina mahligai indah di tepi pantai. Setiap hari aku boleh tengok ombak, pasir pantai yang lembut... Apabila senja, boleh lihat matahari terbenam di ufuk sana.. Syahdu rasanya..........

Cukup Bagiku

Opick feat Gito Rolis - Cukup Bagiku

penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
meski begitu hina ku bersimpuh

cukup bagiku Allah,segalanya bagiku
dihatiku ini penuh berisi segala tentang Allah
kepada nabi Muhammad, tercurah shalawat Allah
tiada Tuhan selain Allah, cukup bagiku Allah

hasbi Rabbi Jalallah
mafi qolbi Ilallah
alalhadi sholallah
laa ilaa ha Illallah


Alhamdulilah.. Ku usap wajahku dengan kedua telapak tanganku. Sudahku menunaikan kewajipan solatku ini. Ku serahkan dirimu kepada kehendak-Nya. Kuusap air mataku. Lalu, kupejamkan kedua mataku. Lama aku bersimpuh di atas sejadah sehingga hampir saja aku lupa terhadap waktu.. Dua, tiga hari ini sangat melelahkan jiwaku... Kali ini inginku nukilkan tentang perasaan cinta. 
 
    Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Itu  cerita tentang  bagi  orang  yang  putus cinta, bagaimana  pula  bagi  orang  merasakan tiada wujud lagi kepercayaan terhadap seorang lelaki yang selama ini hanya menguji dirinya sendiri? Apakah benar kata-kata yang terbit di bibirnya hanya satu kepalsuan? Sesungguhnya, aku tidak mampu menilai keikhlasannya. Sudah tertutupkah pintu  hatiku kini?.. Lelahku rasakan di jiwaku bagaimana aku bisa menilai intan permata itu sama ada bernilai atau tidak? Nampaknya kali ini jua, aku tertipu dek kasih sayangku. Keikhlasanku juga tidak bermakna. 

     Jadi, bagaimana? Bagiku cukuplah saja  bagiku hanya Allah. Hasbunallah wa ni'mal wakil. Di saat ini, sudah tertutup hatiku untuk menerima cinta seorang makhluk lemah. Entah bila
akan terubat hatiku ini. Takut bercampur baur  untuk mempercayai seseorang... Mudah-mudahan  akan terbuka pintu hatiku ini satu hari nanti.. Ya, Allah, cukuplah bagiku hanyaMu..... Aku berharap andai satu hari nanti aku bisa mendapatkan keikhlasan cinta yang suci............ 

      Kepada sesiapa di luar sana sama ada putus cinta  atau kebingungan menilai keikhlasan cinta seseorang:  
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

        Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!” Mudah-mudahan jua aku bisa  menemui  dan menerima  andai seseorang itu mempunyai keikhlasan  cinta di hatinya !!

        Cukuplah ALLAH bagiku !



 

Saturday, January 14, 2012

Andai itu takdirnya !

Lirik (kredit to liriklagu.info)-Opick


Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali

Ilahi ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa

[*]
Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati 'kan memohon di kemahaan-Mu

[**]
Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu 'kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta

Masihku buka lembaran baru. Lembaran baru bernada senandung syahdu.. Hari-hari yang ku lewati, aku berharap aku bisa teguh meniti di jalan-MU.. Pada semester baharu ini, aku masih lagi berjuang, bergelumang dengan buku, menyelesaikan tugasanku dengan amali dan sebagainya. Apatah lagi, aku memegang tugasan yang aku rasakan berat di benakku. Mampukah aku? Aku yakin apa jua ada hikmah tersendiri.....Aku tahu tiada duka yang abadi di dunia ini... Di saat aku menghasilkan nukilan ini, aku sangat rindu pada keluarga.. Mak dan abah  yang berada di kampung.. Oh, cinta hatiku ! Takdir hidupku akanku jalani dengan penuh ketabahan............. 
Andai aku bisa mengulang waktu, inginku perbaiki hidup ini.. Waktu yang hilang dan terbuang.. Ampunkan hamba-Mu ini..................



Pandangan Allah Lebih Penting dari Pandangan Manusia!

Hati merungkai rasa dengan penuh kesyahduan di malam hari. Tatkala orang lain sedang enak dibuai mimpi, ketika itu KekasihKu ya Rabbul Izzati memanggil-manggil namaku.. "Ya, Fazlina ..." bangunlah , bersegeralah ... Aku mengesek-gesek mataku seolah-olah terngiang-ngiang panggil "sayang"... "Sayang, bangun, solat",,,.. Penuh pasrah aku melangkah mengambil wuduk.. Ku hadapkan muka ku kepadaNya.. Aku merintih, mengadu padanya... Ya Tuhanku, biarlah pandang manusia itu hina  tentang ku.. Tapi Ya Allah, janganlah Engkau memandang tanpa penuh rasa cinta.. Penuh pengharapan seorang hamba kepada Maha Pencipta.. Usai aku solat, aku bermuhasabah diri.. Cinta.. Oh, cinta! Aku terasa kewujudannya... Namun, andai cinta manusia itu hilang,tidak perlu aku merintih... Kerana apa? Kerana aku ada ALLAH... ALLAH.. Ya, aku ada ALLAH !