Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Ku Buka Lembaran Baru

AKU TANPA CINTAMU


Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


Subhanallah..
Itu je yang dapat aku  katakan  apabila melihat pada perubahan kawanku  yang  lama aku berkwan...Terserempak di pusat bandar..Dari tudung saiz 45 ke tudung bulat.....Cantiknyaa dia... Allah memberikan hidayah kepada hamba-hambaNya yang terpilih..hebat sungguh percaturan Allah....
Hati terkesan dengan  apa yang aku lihat......... Aku bermonolog sendirian,,,,,,
Ya Allah,.. Rasa kehilangan sesuatu jer...... Rasa kehilangan! Rasa kosong jer hati ni.....Tapi kenapa yaa...?
Muhasabah..Muhasabah..Muhasabah.. Sebaknya  hati  ini....... Ya Allah, apa yg aku rasakan ni?
Mungkin melihat perubahan pada diri kawanku itu memberi kesan kepada DIRI SENDIRI ( sebaknyaa rasa,,)mengimbau kenangan silam  betapa insan kerdil  ini jahil..kosong..kosong..




Malam itu bermula titk permulaan siapa kau hari ini...Mimpi yang sangat menakutkan dan menginsafkan. Bermimpikan kematian,  ada kalanya sunyi tetiba, gelap, kosong..Juga ada yang diselangi jeritan yang menakutkan.. Macam-macam..... Semoga aku beristqamah bribadah  ya...Allah...

.................................................................................................................................................................

Usai makan sahur, aku menghayati lirilk lagu rapuh (opick)

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



~mAAFKANLAH HAMBA-MU INI YA ALLAH.....








Tuesday, March 29, 2011

Menunggu Hari Bahagia...

Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih-sayang dan belas-kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum: 21)
Menyingkap lagi mengenai isu perkahwinan, jelas sekali perkahwinan  merupakan  fitrah yang telah Allah  tetapkan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila telah datang kepadamu (meminang) mereka yang baik dari segi agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah mereka. Sekiranya kamu tidak melakukannya (menolak pinangan tersebut atau tidak ingin berkahwin sedangkan mempunyai kemampuan) maka kamu akan mengundang fitnah dan kerosakan pada dunia.” (Riwayat al-Tirmizi).

Isu kes pembuangan bayi. kes penceraian yang berleluasa, kes mendera  dan sebagainya yang membabitkan  alam  rumahtangga  cukup sinonim berlaku dalam negara kita. Natijahnya, institusi  kekeluargaan pada hari ini  semakin meruncing  dan membimbangkan terutama memberi kesan kepada guru-guru di sekolah. Jelas sekali, setiap pasangan  yang ingin menempuh alam perkahwinan seharusnya memahami  konsep  perkahwinan yang sebenar. Mudah-mudahan, perkahwinan dibina membawa kasih sayang yang berpanjangan.

                  Pertunangan  sepupuku 11.12.2010







 "Abahnya wakil  famili kami sambil diperhatikan  pak teh yang tersandar  di dinding tu" heheehe...


 Haaaaaaaaaaaaaaaaa...selepas ni siapa pulaaaa....jeng..jeng,,,.................................


Perkahwinan  sepupu ku yang kahwin dulu sebelum sepupu-pupunya yang lain...hehehe +))) Semoga kasih sayang mereka berpanjangan dan sabar menanti hari bahagia bulan 5 ini.... Semoga membawa kenangan manis buat famili kami.... =))....

Coretan : Kad Ucapan Hari Guru Terbesar Malaysia Book of Records IPG Kampus Darulaman

2010~Mengimbau kembali  nostalgia :  Keletihan yang berbayar dengan kejayaan .Tahniah kepada pimpinan 2010/2011



 Sesi bergambar dengan  geng Institut  Perguruan  Persekutuan Pulau Pinang
 Kad Ucapan Hari Guru Terbesar
Rekod...





SEKITAR  PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 3/2011






Monday, March 28, 2011

Senarai Rumah Anak Yatim Negeri Kedah

1. Pertubuhan BELA DIdik Anak Yatim Islam (BEDAYA)

Daerah Kulim Dan Bandar Baru No. 2 Jalan Bukit, 09000 Kulim, Kedah Tel: 04 - 4902816 Fax:04 - 4957157 Person in Charge: En Zakaria

2. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Rumah Kanak-Kanak Darul Aitam No. 1475 Lorong Seri Jalan Langgar, 05300 Alor Setar Kedah Tel: 04 - 7335124 Fax: 04 - 7332349 Person in Charge: Tuan Hj Salim Bin Abdul Hamid



3. PertUBUHAN Amanah Masyarakat dan Mendidikan Anak-anak Yatim

Daerah Baling Kedah (Aman)


d/a Pejabat Daerah Baling, 09100 Baling, Kedah Tel: 04 - 4701963 Fax: 04 - 4701172 Person in Charge: En Amri Bin Salleh

4. Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim No 235, Jalan Lunas, Kilang Lama, 09000 Kulim, Kedah Tel : 04 - 4914424 fax: 604-4951557

Fax : 04 - 4951557 Person in Charge: Kapt. (B) Mohd. Ibrahim Md Ghani PJM, PPS

5. BADAN USAHA DIDIKAN ANAK YATIM NEGERI KEDAH (BUDI) Rumah Budi, Jalan Pegawai, 06900 Yan, Kedah Tel : 04 - 4655208 Fax : 04 - 4655208 Person in Charge: Puan Arpah

Ku intai cinta dalam rahsia dan air mata........

Namun Ku Punya Hati Lyrics

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga 
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua


Nukilan rasa secebis pengertian buat  insan istimewa... Dulu aku tak mengerti tentang mereka... Sepi hati mereka rintih meminta  dikasihani...Wajah-wajah insan  yang suci ...Merekalah sebahagian ahli syurga...Kini....Aku memegang erat ahli-ahli syurga ini untuk ku bawa mereka melayari bahtera kehidupan yang penuh onak duri.. Ikhlaskan hati mu...ikhlaskan hati dalam mendidik anak-anak ini..... Tatkala ku coret nukilan ini hati ku merintih,air mataku  mengalir..... Mengenangkan nasib anak-anak sebegini yang akan ku ajar kelak..................... 



  "Pok mokkk"

Cepat..cepat ...sapa nak jawab soalan yang cikgu beri ni...... =))

Haziq..Good Boy....




PERALATAN TERAPI SENSORI 






Pada masa kini tidak dapat ditentukan apakah yang menyebabkan masalah pembelajaran. Kita tidak dapat mengetahui apakah yang menyebabkan sesuatu masalah pembelajaran yang dihadapi seperti disleksia atau kesukaran menyelesaikan masalah bagi matapelajaran matematik. Namun, para penyelidik perubatan telah mengaitkan faktor-faktor masalah pembelajaran kepada empat umum; iaitu, kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.
Para penyelidik  perubatan berpendapat kebanyakkan masalah pembelajaran ada kaitan dentgan kecederaan otak. Kecederaan otak pada system sarat pusat biasanya berlaku sebelum kelahiran bayi dan selepas kelahiran bayi. Sebelum kelahiran bayi, kemungkinan terjadi pelbagai kejadian semasa kandungan yang menyebabkan kecederaan otak. Ibu yang menghidap penyakit seperti Rubella, herpes simplex, mengambil dadah, merokok, minum alkohol, terdedah kepada logam berat dan sinar X  akan mengalami risiko yang tinggi kepada masalah ini. Selain itu, semasa kelahiran bayi yang dilahirkan  yang terdedah dengan kekurangan oksigen, tidak cukup bulan atau kurang berat badan dan penggunaan alatan perubatan seperti forsep dan vakum boleh menyebabkan terjadinya masalah ini. Selepas kelahiran bayi juga seorang kanak-kanak sering terdedah dengan pelbagai kemalangan yang mengakibatkan kecederaan otak. Contohnya, kemalangan, demam yang terlalu tinggi, ketumbuhan pada otak seperti meningitis.
Di samping itu, faktor yang lain ialah hubung kaitan dengan genetic.Menurut Pennington, (1990) yang menjalankan kajian mendapati  bahawa kira-kira 35 atau 45 peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca mempunyai ibu atau bapa yang juga menghadapi masalah membaca. Menurut b Raskind (2001), menyatakan bahawa kanak-kanak menghadapi risiko yang tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapanyanya mempunyai masalah yang sama seperti mempunyai masalah membaca.

Keseimbangan biokimia juga merupakan faktor kecederaan otak. Sesetengah pendapat mengatakan ketidakseimbangan bahan-bahan kimia boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan atas kerja-kerja rumah. Contohnya, penggunaan ubat-ubatan yang kononnya membantu mempertingkatkan memori atau mencerdaskan minda. Sehingga kini masih tiada bukti bahawa ubat-ubatan sebegini dapat mengurangkan masalah pembelajaran.
Faktor yang terakhir ialah faktor persekitaran. Terdapat kajian menunjukkan bahawa persekitaran yang tidak selesa seperti kemiskinan, persekitaran kotor, keadaan rumah yang tidak  selesa dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak tidak mesra boleh menimbulkan masalah pembelajaran. Kajian jangka panjang yang dijalankan oleh Hart dan Risely (1995) mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka, mempunyai masalah perkembangan bahasa  yang lewat.
Rumusannya, walaupun empat faktor  yang diutarakan merupakan masalah pembelajaran, namun sebagai seorang guru hendaklah mengajar kanak-kanak pendidikan  khas dengan tanpa mengaitkan masalah yang dihadapi.




Malaikat Maut : Tetatmu Yg Kerap Berkunjung

Malaikat Maut : Tetatmu Yg Kerap Berkunjung


Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.

Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu. Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.

Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? ". Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat. Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.

Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin. Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba. Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. "

(Surah Al-A'raf: ayat 34)

http://www.riwayat-hidupku.blogspot.com/

mAHABBAH fILLAH

 Mari berkongsi ilmu bersama..................................


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)



...........................................................................................................................................
Amalan2 sebegini sewajarnya kita ikuti......Saya berkongsi satu kisah di mana pada suatu hari  guru yg saya hormati menyarankan kepada saya supaya mengamalkan solat dhuha...Ketika itu saya masih tercari-cari  siapa diri saya yang sebenar n  kenapa  saya masih  jauh dengan Allah sedangkan Allah sentiasa memberikan saya nikmat...kejayaan , rezeki yg melimpah ruah....tetapi................ketenangan hakiki belum dapat ditemui...Alhamdulilah, saya cuba amalkan solat dhuha ..........Secara tak disangka2........saya merasakan keperluan saya sangat cukup....Tanpa  disangka2  rezeki ada di mana2....Pernah suatu hari.... saya teringin sangat  nak makan laksa..Tapi nak outing jauh,......Sibuk dengan kerja-kerja ..... Saya sabar jelah...Tunggu cuti sekolah ...Petang tu, tiba2 saya ternampak ada 2 bungkus laksa  di atas meja study saya....erm..peliknya....sapa yang bagi ek.....Ada nota pulak tu.....Rupa2nya  kawan saya  yg beri....Katanya," Faz....makan la laksa ni...sedap ni....special utk ang.....ok...!! " urm....apa lagi hati saya berbunga2 la..haha...orang dah bagi rezeki takkan nak tolak kot ..hehe......

Banyak lagi perkara  yang kita tak sangka2 ....semuanya datang dari Allah...............
Sebenarnya Allah ternanti2  kehadiran kita........
Rasailah manisnya  nikmat  apabila mengamalkan solah dhuha ini...
Setiap  manusia boleh berubah ke arah yg lebih baik...
semoga kita mendapat mahabbah dari-NYa......



Majlis termulia dan tertinggi adalah tempat orang duduk bertafakur di medan tauhid dengan hembusan angin makrifat dan minum dengan gelas Mahabbah dari lautan Cinta serta memandang dengan bersangka baik kepada Allah s.w.t. Alangkah lazatnya! Beruntunglah orang-orang yang diberi rezeki itu. Subhanaallah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala Puji bagi-Mu Ya Allah..
-Qaseh Lina-

Pengalaman Berasaskan Sekolah March 2011


                                    Kanak-kanak  Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran



Pemerhatian Terhadap  Program Pendidikan Jasmani di SK Padang Kala

Pemerhatian di stor sukan sekolah

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di SK Padang Kala, terdapat sebuah bilik khas digunakan sebagai stor untuk menyimpan alatan Pendidikan Jasmani di sekolah. Stor sekolah tersebut di bina berhampiran dengan padang sekolah untuk memudahkan urusan pengambilan dan penghantaran peralatan  yang digunakan sewaktu kelas pendidikan jasmani dijalankan. Menurut  Ketua Panitia Pendidikan Jasmani, stor sukan tersebut dibina oleh pekerja-pekerja am di SK Padang Kala.
Berdasarkan pemerhatian saya, kawasan permainan  dan padang sekolah dalam keadaan yang baik dan selamat untuk pengajaran Pendidikan Jasmani. Kawasan padang SK Padang Kala yang luas  dan tiada lalang  atau rumput  yang tinggi tumbuh di kawasan tersebut.
Selain itu, terdapat juga alat-alat reka ganti yang diusahakan oleh guru yang digunakan untuk mengajar Pendidikan Jasmani. Contohnya, terdapat kotak-kotak terbuang dijadikan kon. 
Rumusannya, pengalaman berasaskan sekolah pada kali ini membawa seribu erti bagi saya kerana mendapat gambaran sebenar tentang pendedahan tentang subjek Pendidkan Jasmani. Melalui  pemerhatian saya ke atas pengajaran guru, saya  akan menghubungkait teori  dan praktis untuk persediaan praktikum yang akan datang. Selain itu, saya juga  mengetahui teknik pengajaran yang sesuai  ke atas murid-murid untuk menjalankan aktiviti Pendidkan Jasmani. Di samping itu, saya juga belajar tentang cara  mengawal murid. Pada masa yang sama, saya juga   dapat mengenali sikap kanak-kanak.