Search This Blog

Tuesday, October 9, 2012

Tenangnya melihat saudara baru!

Assalamualaikum..................

Di sini ingin saya kongsikan kepada semua  tentang  saudara baru.. Penghijrahan seorang junior saya masuk Islam dan mendalami agama Islam.. Tenangnya melihat dia.. Apatah lagi berpurdah. Cukup menginsafkan diri apatah lagi  kita sudah celik mata diperkenalkan dengan agama ISLAM namun masih lagi belum mampu menjadi hamba ALLAH yang sebenarnya...

Allah berfirman yang ertinya “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang yang menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi hidayah buat kita.. Aamiin........................... 


> Insaf Diri..........



 

Sumber gambar  :  http://myikhtiar.com

" Ya Allah, ingatkan aku ketika alpa.... Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberi    petunjuk."

Friday, October 5, 2012

Assalamualaikum....

Salam penghulu hari.. Hari Jumaat yang penuh barakah..... Nyaman dan sejuk pagi ini  apabila hujan rahmat membasahi bumi... Syukur, aku masih lagi dapat membuka mata melihat keindahan dunia ini............................... Suasana di kampung yang nyaman apatah lagi luasnya sawah yang terbentang.. Itulah suasana Kedah Negeri Jelapang Padi...

Pagi tadi aku membaca tafsir Quran... Satu ayat yang maksudnya : 

"Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk." Surah al-Isra' (32).

Perkataan "mendekati" sudah mencukupi untuk kita memahami bahawa Allah menyuruh hambaNya supaya jgn melakukan sesuatu atau penyebab menghampiri zina... Pelbagai bentuk zina yg aku ketahui antaranya zina mata, zina hati, dan pelbagai lagi..(andai pembaca lebih mengetahui kongsilah di sini)

Ya Allah........ Selama ini aku berdosa........ Makin aku ingin melupakannya, makin kuat ingatanku kepadanya..Apakah ini ujian-Mu? Mungkin jua Engkau ingin menguji sejauh mana keazamanku untuk berjihad di jalan-Mu... Tidurku diulit mimpi akan dia... Kerehatanku teringat akan dia... Ampunkan aku ya Allah... Ku titipkan doa  agar Engkau membantu hamba-Mu ini.... Andai aku teringat akan dia, cepat-cepat aku memohon keampunan kepada-Mu.. Ini lah peringatan Allah.. Bahawa Allah ingin aku kembali kepada-Nya... Dan mungkin doaku dimakbulkan bahawa satu hari nanti Allah juga akan membawanya ke jalan yang lebih diredhai.. Mengapakah aku ingin kecewa sedangkan aku meminta agar kami sentiasa ditunjukkan jalan yang benar? Ya Allah.. Jagalah hatiku dan jua hatinya..... Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba-hamba-Nya....

Ingatlah Allah S.W.T berfirman :

"Dan dia antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
 Surah ar-Rum (21) 

>>> Redhalah andai dia bukan milikmu kerana dia belum HALAL bagimu.. Biarlah dia pergi andai belum  HALAL di sisimu.. Mungkin Allah akan menemukanmu dengannya kembali atau memberikan yang lebih baik untukmu.... Doaku sentiasa untukmu! Insyaallah...............



 


Wednesday, October 3, 2012

Wanita

 Tajuk Nasyid : Wanita
Artis : DeHearty
Album : Insan Istimewa


Lagu ini sering menjadi halwa telingaku ketika aku menyiapkan asignment....  Aku suka mendengar lagu ini kerana mmbuatkn aku ingin terus memperbaiki akhlak dan mningkatkn ketakwaanku kepada Allah.. Aku bukanlah insan yang baik tetapi ingin baik di mata ALLAH.. Jangan ditanya bagaimana permulaan kita, tetapi biarlah pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik.......... Mudah-mudahan kita diampunkan dosa..... Buat wanita di luar sana, semoga terpelihara dalam lindungan ALLAH selalu... Bangkitlah andai jalan yang kita lalui itu telah tersasar ke jalan yang lebih diredhai.... Kerana keampunan ALLAH ada bersamamu!


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

 


Tuesday, October 2, 2012

Denai Larian, Kangar, Perlis

Assalamualaikum...

Entri kali ini tentang kunjungan saya ke Denai Larian, Kangar, Perlis... Pertama kali melalui titi gantung kat situ... Urm rasa gayat pun ada.... hu hu hu........... Apatah lagi apabila titi gantung itu bergoyang-goyang, kita pun  tergoyang-goyang sekali..... Di sana ada taman permainan, tapak refleksiologi, laluan untuk berjogging, titi gantung dan pelbagai lagi! Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah singgah... =)   Ada hikmah juga  dapat praktikum jauh dari negeri Kedah. Ada juga kesempatan untuk melihat tempat orang.. Subhanallah... Maha Suci Allah!!  =)




Aku Semakin Jauh

Aku Semakin Jauh...........................................................

Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Di sini aku merintih ... Aku yang semakin jauh pada-Mu ya Allah... Tapi Engkau sentiasa bersamaku... Hidupku bagai layang2  bertali kaca... Hatiku terluka... Namun, aku tahu ya Allah itulah peringatan-Mu kepada ku.. Kerana Engkau mengetahui isi hati hamba-MU... Engkau jua lah yang memegang hati-hati ini.. Itu ujian-MU...... Aku yang semakin jauh dari Mu... Engkau sayangkan hamba-MU .. Maka Engkau menarik kembali aku ke suatu destinasi yang benar...... Walhal kadang kala aku takutkan sesuatu...Takutkan kehilangan... takutkan kesepian.../ Maafkan daku Ya ALLAH.... Setiap hari kita tentunya pernah melalui hari-hari baru dengan penuh kegelisahan dan keraguan. Tentunya ada hari-hari dimana jiwa kita terasa lemah dan payah untuk bangun dan menghadapi tekanan dan cabaran kehidupan. Kepada siapakah yang sewajarnya kita sandarkan? ALLAH... Jawapannya... Aku tahu aku bukanlah insan yang baik.. Tapi aku ingin menjadi baik di matanya... Aku lemah... Aku belum cukup ilmu.... Tak mampu ku ucapkan............ Syukurlah hingga hari ini andai aku tersasar Engkau menyuluh jalan agar aku kembali kepada-MU. Ya Allah.... Aku serahkan segalanya kepadaMU.... Aku serahkan pilihan itu kepada-Mu.. Sabarkan hatiku.,.. Kuatkan semangatku..... Aamiin............... 


Friday, June 22, 2012

Perginya Takkan kembali Lagi

Dedikasi buat arwah kak Zarina Binti Tardan -Perginya  yang takkan kembali lagi

Assalamualaikum... Buat pembaca blog saya, marilah sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwan kak zarina binti tardan yang telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam. Hari ini saya menelefon kak as untuk memastikan kebenarannya. Kali terakhir saya bertemu dengan arwah di program Nisa' Parit Buntar (Ban Pecah, Tanjong Piandang, Perak). Arwah merupakan pengarah program tersebut (bagi sesiapa yg tercari2 siapakah arwah, mungkin mengingatkan anda kepada arwah). Usai saya solat sunat hadiah, tak mampu saya menggambarkan dengan kata-kata. Keredhaan adalah segala-galanya. Walaupun hanya sementara cuma saya bertemu dengan arwah kak zarina tapi ia mampu menimbulkan bait-bait rasa kasih sayang antara adik dengan kakak. Kisah ini turut mengingatkan diriku tentang kejadian yang turut menimpa rakan sekampusku kira-kira empat bulan yang lalu. Sebagai hamba, kita diingatkan tentang kematian yang pasti akan datang. Dan segala-galanya perancangan Allah.

Salam takziah buat keluarga arwah. Hanya doa yang mampu diberikan kepada arwah. Buat arwah kak zarina binti tardan semoga ditempatkan di kalangan hamba-Mu yang solehah... Aamiin.......


                                                  KENANGAN KAMI BERSAMA





p/s : AL-FATIHAH buat teman sekampus yg telah pergi menemui Illahi - Arwah Hatim.

Thursday, January 19, 2012

Rindu?

Rindu......
Ada kalanya sukar ditafsirkan pengertiannya...
Ada yang rindu tatkala berjauhan...
Ada yang rindu tatkala orang yang dirindui sudah berada di depan mata..
Ada  yang rindu tatkala hati  masih terluka..
Ada yang rindu tatkala hati masih kecewa..
Begitulah...
Perkataan RINDU membawa banyak erti..
Aku bukan ahli bahasa yang bisa mentafsir erti sebuah rindu..
yangku tahu hanya 'katakan rindu, andai rindu itu menggamit rasa'..
Tapi apakah kita ini hanya insan biasa?
Sedalam mana pengertian rindu itu?
Hingga di saat ini dan ketika ini..
Aku masih memendam rasa tentang erti sebuah RINDU...
Bagiku erti sebuah RINDU sangat mahal nilainya,
Hanya yang layak sahaja yang bisa mengungkapkan kata-kata rindu yang teristimewa!