Search This Blog

Wednesday, October 3, 2012

Wanita

 Tajuk Nasyid : Wanita
Artis : DeHearty
Album : Insan Istimewa


Lagu ini sering menjadi halwa telingaku ketika aku menyiapkan asignment....  Aku suka mendengar lagu ini kerana mmbuatkn aku ingin terus memperbaiki akhlak dan mningkatkn ketakwaanku kepada Allah.. Aku bukanlah insan yang baik tetapi ingin baik di mata ALLAH.. Jangan ditanya bagaimana permulaan kita, tetapi biarlah pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik.......... Mudah-mudahan kita diampunkan dosa..... Buat wanita di luar sana, semoga terpelihara dalam lindungan ALLAH selalu... Bangkitlah andai jalan yang kita lalui itu telah tersasar ke jalan yang lebih diredhai.... Kerana keampunan ALLAH ada bersamamu!


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

 


No comments:

Post a Comment