Search This Blog

Friday, October 5, 2012

Assalamualaikum....

Salam penghulu hari.. Hari Jumaat yang penuh barakah..... Nyaman dan sejuk pagi ini  apabila hujan rahmat membasahi bumi... Syukur, aku masih lagi dapat membuka mata melihat keindahan dunia ini............................... Suasana di kampung yang nyaman apatah lagi luasnya sawah yang terbentang.. Itulah suasana Kedah Negeri Jelapang Padi...

Pagi tadi aku membaca tafsir Quran... Satu ayat yang maksudnya : 

"Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk." Surah al-Isra' (32).

Perkataan "mendekati" sudah mencukupi untuk kita memahami bahawa Allah menyuruh hambaNya supaya jgn melakukan sesuatu atau penyebab menghampiri zina... Pelbagai bentuk zina yg aku ketahui antaranya zina mata, zina hati, dan pelbagai lagi..(andai pembaca lebih mengetahui kongsilah di sini)

Ya Allah........ Selama ini aku berdosa........ Makin aku ingin melupakannya, makin kuat ingatanku kepadanya..Apakah ini ujian-Mu? Mungkin jua Engkau ingin menguji sejauh mana keazamanku untuk berjihad di jalan-Mu... Tidurku diulit mimpi akan dia... Kerehatanku teringat akan dia... Ampunkan aku ya Allah... Ku titipkan doa  agar Engkau membantu hamba-Mu ini.... Andai aku teringat akan dia, cepat-cepat aku memohon keampunan kepada-Mu.. Ini lah peringatan Allah.. Bahawa Allah ingin aku kembali kepada-Nya... Dan mungkin doaku dimakbulkan bahawa satu hari nanti Allah juga akan membawanya ke jalan yang lebih diredhai.. Mengapakah aku ingin kecewa sedangkan aku meminta agar kami sentiasa ditunjukkan jalan yang benar? Ya Allah.. Jagalah hatiku dan jua hatinya..... Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba-hamba-Nya....

Ingatlah Allah S.W.T berfirman :

"Dan dia antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
 Surah ar-Rum (21) 

>>> Redhalah andai dia bukan milikmu kerana dia belum HALAL bagimu.. Biarlah dia pergi andai belum  HALAL di sisimu.. Mungkin Allah akan menemukanmu dengannya kembali atau memberikan yang lebih baik untukmu.... Doaku sentiasa untukmu! Insyaallah...............



 


No comments:

Post a Comment