Search This Blog

Friday, September 9, 2011

Bertahagaan Kulaan Banjar Kerian di rumah urang aroh

Assalamualaikum....................... Alhamdulilah... Akhirnya  dapat juga berjumpa dengan kulaan Banjar Kerian pada raya ketiga di rumah kak niza (salah seorang geng facebook kulaan Banjar Kerian) di Changkat Jering.... Tima kasih lah pada angahnyaa dan geng KBK yang lain yang menceriakan lagi  aroh kak niza neh............Bah,, napayak lagi handak disurahkan lehhh....................... nah... nireng aja  gambarnyaaa,.... Salam buat marinaan, kawanan kulaan Banjar.. Peace!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  
     Salam Ukhwah
 

Wednesday, August 3, 2011

Malam Pertama Dialog Suami Isteri - 18SX -DIALOG SUAMI ISTERI





Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)

Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

Isteri : Oh..ada2 ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli u-jam tolong buatkan artikel!

Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!

Suami : Selamat membaca ya pengunjung u-jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan link u-jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy paste ja... =)

Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman

Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar

http://u-jam.blogspot.com/2010/12/malam-pertama-dialog-suami-isteri-18sx.html

Sunday, July 17, 2011

Biar Cinta itu dalam Diam

Biarkan cinta itu terus diam
Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, 
cukup cintai ia dalam diam...................

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya 
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu 
kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya 
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu 
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan 
tetapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan, 
kekuatan harapan . . .
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata 
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam 
jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu......................

~ Cinta itu indah andai kita meletakkan ke jalan yang halal dan diredhai ~ 




Saturday, June 25, 2011

Program Nisa' Parit Buntar

Alhamdulilah......Hari ini ada kesempatan  mencoretkan serba sedikit aktiviti yang   dijalankan pada cuti yang lalu.........Program  Nisa' bulan ini diadakan  di Ban Pecah, Tanjung Piandang, Perak...... Ermmm.....masuk pertandingan  masak...hehe..masak aper??? masak mee goreng jer..kih2......Sebenarnya tak  bersedia pun nak masuk pertandingan masak......Bahan-bahan asas disediakan oleh AJK....bahan-bahan lain  dibawa sendiri.....Aku sempat  bawa  kicap, sos  cili , sos tiram, daun sup dan bawang goreng.... Itu  jelah yang ada dalam peti ais .....


     
 Keindahan  Ban Pecah



Nak mula masak dah ni........ 
 Hidupkan api dulu.........

 Gambar  Kenangan 


Juri tengah kira markah =)

Friday, June 24, 2011

Barakallah ....

 Alhamdulilah..Lafaz sudah terpatri antara  dua insan  yang saling mencintai kerana Allah...... Sudah selamat kawanku dihijab kabulkan dengan lafaz keramat.....Balik cuti jer mesti ada kawan-kawan ku yang kahwin......Semoga mereka dalam kebaikan dan beroleh Rahmat Allah.....
Usai  aku solat.... Aku ambil kesempatan menyelak tafsir Quranku yang kecil berwarna merah..... 
Ku perhatikan  Surah An-Nur :


Firman Allah : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)



Firman Allah : "Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)


Nak dapat jodoh yg terbaik????? Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin. 


Aku hanya wanita akhir zaman  yang ingin berusaha menjadi wanita solehah...Mengharap redha-Mu .....Mengharap  kasih sayang-MU....Ya...Allah bantulah aku ..........Ya Allah...Andai kau berikan aku cinta.....
" Ya Allah..jangan biarkan aku melampaui batas Ya Allah...jangan biarkan kasihku kepada makhluk mengatasi rasa cintaku kepadaMu Ya Allah...aku mohon kepadaMu Ya Allah...pemilik hati dan jiwa ini..."  


"Ya Allah...... Kurniakan kepadaku seorang suami yang soleh..Dia meminangku,dia mengahwiniku,&jadikanlah dia sahabat  di dunia &  di syurga..."


Aku menanti  Ya Allah....Kerana  aku   pasti& yakin atas JANJI-JANJI MU..........


===================================
……. , . – . – , _ , …….simpan mawar
……… ) ` – . . ‘ `( …….yang kuberi
…….. / . . . .`\ . . \ ……..harap wanginya
…….. |. . . . . |. . .| ……mengukir di hatimu
……… \ . . . ./ . ./ ………
……….. `=(\ /.=` ………sudikah dirimu
…………. `-;`.-’ …………untuk mendekatiku
…………… `)| … , ……..mengenali diriku
……………. || _.-’| ……..
…………. ,_|| \_,/ ……..dalam mencari cinta ABADI
……. , ….. \|| .’ …………berjuang bersama demi REDHA ILAHI
……. |\ |\ ,. ||/ ………….sudikah dirimu
…. ,..\` | /|.,|Y\, …………
….. ‘-…’-._..\||/ ………….moga takdir ini
……… _.-`Y| …………..ketetapan ini
………….. ,_|| ……………adalah yang terbaik buat kita
……………. \|| ………..
…………….. || ……….berdoalah selalu
…………….. || ………..moga ia milik kita bersama
…………….. |/ ……terlerai dengan janji yang HALAL..



Thursday, May 19, 2011

Kisah Cinta Agung Bersenikan Diam

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.


 Dipetik daripada : http://balqissoleha.blogspot.com/2011/01/kisah-cinta-agung-bersenikan-diam.html

Tuesday, April 26, 2011

KFC TIME!!

Lmanyaaa tak update...sbb  banyak kerja dan  sibuk sikit ..hehe..yeke????? tido jer lebih..kih3........tapi pasal bab makan no 1 ..hahahaahaaaa...Minggu lepas  makan KFC  bersama member kelas dan mama mentor ,,,......majlis bermula jam 8.30 malam........

                           Makan..makan..kerja makan jaa...tak apa ..selagi boleh makan naaaa.....
                                                      Hari makan lagu ni boleh gemuk...isk3

Monday, April 4, 2011

Special Children

By: ROMA CROWHURST (a mother of a handicapped child)

I'm sending you a special child,
to cherish in my name,
For you to love with all your heart,
and teach him just the same,
For he is not like other babies nor will he ever be,
But you can love him just the same and take good care of him for me.

He may not hear, or see, or run, or learn as others do,
But he'll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he'll break your heart,
you'll cry a million tears,
But I promise when he smiles at you,
the pain soon DISAPPEARS.

I know you'll cry,
"Why him, Why us", but I needed teachers true,
And that is why with care and trust, I've selected you,
So please don't turn your back on him,
although he may be slow,
If you'll accept him as he is, then together you will grow.

He needs to learn the skills of life,
for that I've chosen you,
And with your love to guide him,
I know you'll see him through,
Don't try to see the future,
I promise that to none,
Just live each day for all its worth,
and enjoy my special one.

Muslimah !!

Baca dulu..baru judge..hehehe...

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.
Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya.
Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. 

Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.


Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.

aku, dia dan kamu
kita berusaha dan berjuang
kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam
aurat kita bukan untuk dijaja tapi untuk dilindungi..

AURAT. Apa definisinya pada kita?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”


Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya. 


Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang lain menatapnya. 


Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.


Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH,KEKASIH awal dan akhir kami…kalau kami memang TAK GUNA sbb xpndai berfesyen,xpndai brgaya..biarlah..asalkn kami mndapat keredhaan-Nya,bkn kemurkaan-Nya..Na'uzubillah..:(


Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang...

Wallahua'alam..

Sumber:

Friday, April 1, 2011

Cerita masak dan Makan

 urmm....buang tulang ikan..ni buat laksa ni... My favourite  food... Boleh la tahan..heheehe..tp serius!! kakak saya yang tersayang buat lagi sedap..hehe (saja rendah diri)
 Ini nasi ayam madu... saya buat .....saya suka sebab saya masak, saya  makan & seronok tengok orang makan.. kih3..gambar mungkin xcantiikk beb!! tapi serius sedap!!!!!! (angkat bakullah pulak)
                       Ikan sepat.....tahan kat dalam parit laaaaa.......siang ikan ini lepas tu nk goreng....
             Haaaaa,,..ni diaaa..ikan sepat goreng,....saya suka...saya suka masak & makan...hehe
ini susupan masak lemak (orang banjar  sebut macam tu laaa),,,,...sedap.!! saya suka...ambil kat tepi rumah jer pucuk ni...............


                                                         Ehhhh..makan..makan....

 Rajin masa ni nak masak..almaklumlah tugasan  belum  ada lagi....
 Sup udang lipan....sedap ni.....

Majalah Saji Feb 2011...Penuh berinformasi....Masakan banjar pun ada...Makanan yang popular dikalangan masyarakat Banjar ialah ikan wadi...

Masak,,..makan,,,,masak ...makan....... Makan memang sedap kalau masak pun sedap...heheehee....Nampaknya, saya kena belajar lebih giat  lagi ilmu-ilmu memasak ni...Lepas ni nak belajar buat kek lah pulak.. Tunggu..Nanti nak beli oven....boleh buat Kek coklat..sedapnyaaaaaaaa!!!!! aisheh...hari tu buat donut..tapi tak jadi..heheheeh...Kesian saya....... Kena belajar dengan yang pakar nih!!! kalau tak masak sendiri, macammana nak makan yang sedap2 hasil buatan sendiri? hehehe... Makan...makan... --kg dah tau!!! control!!

Guru


Mengapa aku memilih kerjaya ini? Mengapa? Teringat aku suatu ketika dahulu guru Matematik Tambahan aku pernah berkata,
“Ina, mengapa kamu mahu memilih bidang Pendidikan Khas? Kalau macam tu lebih baik jangan ambil matapelajaran Matematik Tambahan!” .
Ouch.. Aku terkesima.. Mengapa guruku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Sekali lagi aku dilemparkan tomahan ketika aku ingin memilih bidang Pendidikan Khas sebagai bidang yang ingin aku ceburi setelah tamat menduduki peperiksaan SPM oleh ibu saudaraku yang tidak bersetuju denganku.
“Ang nak mengajaq anak-anak cacat ka? Biaq betui..Ambikla kursus yang bagus sikit…Tolongla…”
Mengapa ibu saudaraku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan khas?

Suatu hari, jiranku datang kepadaku...
Agak pelik kelakuannya.. Bergerak ke sana ke sini. Ketawa berdekah-dekah. Lantas dia berkata kepadaku,
“Aku berlakon jadi budak cacat.. Hang kan nak mengajaq budak cacat..”

Ku dengar hilai tawanya semakin panjang.Aku menarik nafas panjang. Ya Allah, salahkah aku memilih bidang pendidikan Khas? Mengapa jiranku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Di suatu pagi yang cerah.Ibuku menghampiri aku.
” Emm…Mak dengaq orang tua-tua kata kalau mengajaq budak-budak cacat ni nanti kena tulah..Ang tau apa dia tu.Kalau esok hang dah berkeluarga, dah mengandung.Hang pergi sekolah,lepas tu mengajaq budak-budak cacat.Hang tak takut esok-esok anak hang lahir cacat
jugak? Macam budak-budak cacat yang hang mengajaq tu?”

Wahai ibuku, hancur luluh hati anakmu mendengar luahanmu.. Mengapa ibuku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?



Ketika aku berada di tingkatan empat, ku lihat wajah-wajah yang mengharapkan perhatian. Ku lihat ada sinar di wajahnya. Ada yang bersifat keanak-anakan sedangkan usia mereka sebaya denganku malah lebih tua dariku. Aku sering memandang ke tingkap kelasku. Ceria mereka mengusik guru-guru mereka. Aku melihat lagi, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya denganku memeluk gurunya seerat-eratnya. Senyuman ikhlas terpancar diwajahnya. Mungkin ingin luahan rasa terima kasih kepada gurunya. Mungkin sayangkan gurunya. Mungkin dia memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang yang tak terhingga. Kenangan lama terpaut kembali andai aku pulang ke desa. Sememangnya memberi nostalgia lama dan menggamit seribu kenangan.

Mengapa? Kerana di situlah cintaku mula bercambah. Bercambah dan semakin bercambah.Ya! Aku memilih bidang perguruan. Aku ingin menjadi seorang guru Pendidikan Khas. Itu matlamatku. Akhirnya terlaksana jua keinginanku kerana aku dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru di utara tanah air. Bidang Pendidikan Khas tetap menjadi pilihanku. Hari berganti hari. Sudah genap dua tahun aku menjadi seorang pelajar dan bakal guru demi menggemgam segulung ijazah dalam bidang Pendidikan khas.

Kesabaran tetap menjadi kunci dalam hidupku. Perit jerih aku di institut tidak
mematahkan semangatku demi bergelar seorang pendidik. Tahun pertama aku di
institut pendidikan guru, aku diberi latihan keguruan. Selama seminggu aku perlu ke sekolah untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Selama seminggu, aku datang ke sekolah. Menuju kelas yang sama. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah  Pembelajaran. Aku melihat realitinya. Ya! Memang ini yang akanku hadapi kelak.

Kanak-kanak hiperaktif, Sindrom Down, Disleksia, autisme, Slow learner..
Ya, Allah, kuatkan semangatku demi cinta ini.
“Aku cokelat superman…”
“Aku sak bisa nagis….”
“Bia kelisih ku pei ninggalkanku..”

Lamunanku terhenti. Aku melihat Nasrullah seorang kanak-kanak menyanyi dengan gembiranya. Tiada apa yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak ini. Hanya bauan syurga yang bakal menggamitnya.

Setiap hari aku di kelas itu, anak-anak bakal penghuni syurga ini akan menghulurkan tangan. Salam tanda hormat kepada gurunya. Hatiku merintih sayu.Syahdu.Tidak  dapat ku gambarkan betapa syahdunya hati ini kerana setiap hari bakal penghuni  syurga ini akan selalu tersenyum kepadaku. Bersalam denganku. Ya, Allah aku amat bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan . .

Wahai dunia... Ingin aku katakan.. Anak-anak kecil tanpa berdosa ini memerlukan kasih sayang. Perhatian yang tidak terhingga. Jadikanlah kesabaran melekat di hati agar  amanah yang Allah berikan tidak disia-siakan. Aku ingin jua katakan kepada diriku..
Wahai Hati, tabahlah.. Engkau bakal menjadi guru.Guru pendidikan Khas. Jangan engkau  mengingkari janji-janji kepada Tuhanmu. Jangan sesekali-kali. Perbanyakkanlah ilmu di  dada. Engkau guru yang teristimewa!

Ya....Sangatistimewa...
Ya Allah berikan aku ketabahan.. Berikan kepadaku hati yang ikhlas untuk anak-anak
ini..Demi Kasih ini, akanku hadapi dengan berbekalkan keazaman!
 TRuly From : Qaseh Lina

Renungan Cinta

Assalamualaikum kak ..Apa kabar?sy nk brkongsi cerita dengan kak...harap kaksedia mmberi sokongan n nasihat yang brguna...Macam biasalah cerita cinta sahaja..Dipendekkan cerita sudah 3 kali saya  dpermain2kn oleh lelaki...Tapi kak .. nk berkongsi d sni...Allah mmg Maha Mengetahui...n sntiasa tunjuk jln yg benar.Alhamdulilah...sy dpermain2kan oleh 3 llaki yang berbeza2 ttpi critanya hampir sama..Mayb dlm usia mcm ni mmybbkn llki ska main2kn prasaan..Utk couple yg ke-3 ini, sy glarkn dia sbgai I kwn dri sek menengah lg....kmi mmg minat n suka sejak dri ting 2 lg..tp xpernah nk ckap..juz anta surat cinta...Hinggalah kmi cople awal thun ni....mula2 sy xnk couple sbb dh lalui dua pngalaman yg disakiti dlu....spnjg lsy couple sy rasa xsedap hati..n rasa ada sesuatu yg xbereh tntng I.mayb sy takot disakiti lg/risau jmpa llki yg xjujur...Akhirnya sy buat kptusan pd bln 10 lalu utk break dgn dia..Tiap2 hari  sy bngun mlm n brdoa, klu I hnya nk main2kn sy spt llki yg dulu,bantulah sy agar beri ptunjuk...Skrg sy selesa dngan khdupan skrg..Shnggalah pada hari isnin yg lps, kwn sy crita pasal I..Kwn sy  kesiankn sy sbb xmau sy xtahu crita yg sebenar. Akhrnya dia pun critaa...Rupa2nya...msa sy couple dgn I, I cple dgn M..mcm2 lg yg kwn sy crita...Katanya,mak I  sukakn sy tp xsuka M..sy hnya mmpu ucap syukur sbb klu brpnjgkn couple mcm ni xada guna krna hnya nk mmpermain2kn perasaan ppn..

Skrg sy bahagia dgn khdpn skrg.....Mncari ilmu2Nya....Belajar al-Quran ..n mmpersiapkan diri utk mnjadi muslimah yg baik....sbnrnya nikmat yg Allah berikn tu terlalu banyak..Kak , saya takot klu perkara mcm ni terjadi lg..Harapan sy agar lps ni..xdalah org nk prmainkan lg..Smga brtemu dgn llki yg btul2 n soleh...

.................................................................................................................................................................

alhmdulillah satu keberanian utk adeq berkongsi dgn akak,terima kasih..pertama2nya,pe yg adeq buat mmg sepatutnyer dibuat oleh remaja2 lain yg 'hanyut' dlm percintaan sebegini..dgn umo sebegini,dan situasi yg sebegini..nabi pernh bersabda,tiadalah zaman yg paling mencabar kecuali zaman remaja..sbb zaman adeq nilah yg penuh dgn pancaroba,semangt lebih,pendek akal,nafsu melonjak2,sukar menerima nasihat dan sebagainya..tapi alhmdulillah,Allah dh bagi 'signal' awl2 kt adeq..supaya adeq xjauh tersasar dgn zaman remaja ni..pengalamn adeq sblm ni,mula mematangkan cara adeq hidup dan berfikir..tahniah,sbb itulah kita perlu sentiasa fikir positiv dgn pe yg kita lalui..de yg sedih,de yg gembira,de yg manis dan de yg pahit..tapi itu semua de hikmah disebaliknyer..Allah nk bgi adeq pengalaman dgn menghadirkan 3 org lelaki sblm ni..hikmahnyer mungkin supaya adeq lebih bersabar dgn kerenah manusia..mungkin supaya adeq lebih mendekatkan diri dgn Allah,mungkin nk 'cerita' mengenai lelaki.dan mungkin sbg ujian kepada adeq utk melayari hidup sebagai seorg perempuan..tapi adeq kene ingat,ia juga mungkin sbg peringatan kpd adeq krn mungkin dlm adeq berhbg dgn 3 lelaki tue..ade perkara2 yg Allah xsuke,yg Allah murka,yg Allah benci..maka Allah cmpakkan rasa tidak tenang dlm diri adeq awl2,Allah menampakkan pe yg 'terselindung' semoga adeq tidak terus lalai dan alpa..kesudahannya kini adeq dh mula mtg dlm berfikir,dlm menilai mnusia dan sebagainya kan??bukankah itu semua bukti bahawa Allah sygkan adeq??..Allah rindukan rintihan adeq,rindukan airmata adeq dlm memohon dan meminta doa dan petunjuk dari DIA..bykkan berdoa,membaca Al-Quran..insyaAllah,bilamana diri kita dekat dgn Allah,perbuatan kita diizinkan Allah,kebahagiaan itu akan menjelma deq..walaupun mungkin lambt dan mungkin adeq akan melalui sedikit 'kesedihan'..pe pun,berubahlah ke arah yg lebih baik..sbb kehidupan yg baik itu hnya utk org yg baik dan sentiasa berbuat baik...


LAPORAN PROGRAM KHIDMAT BAKTI  MENCERIAKAN  KAWASAN  SEKOLAH
                                                                                                                      
Pada 22 Julai yang lalu, kumpulan kami menjalankan program khidmat bakti menceriakan kawasan sekolah. Pada  pukul 7.30 pagi, kami berkumpul di  tempat menunggu bas  IPDA untuk menaiki bas menuju ke  SK Bukit Pinang. Perjalanan kami hanya mengambil masa 30 minit untuk tiba di destinasi yang ingin dituju. Kedatangan kami disambut baik oleh Guru Besar SK Bukit Pinang, Encik Azis Bin Abdul Rahman. Kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh guru besar. Encik Azis  menceritakan serba ringkas pencapaian  yang telah diraih oleh SK Bukit Pinang. Menurut beliau, SK Bukit Pinang merupakan sekolah yang cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Malahan juga, sekolah ini merupakan salah satu sekolah  yang ceria  di negeri Kedah. Selepas sesi taklimat, kami bersarapan pagi di kantin sekolah. Makanan yang disediakan sangat enak dan menyelerakan.
Selepas itu, kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Kumpulan pertama ditugaskan untuk mengecat  tiang sekolah yang didapati sudah berkarat. Kumpulan kedua  ditugaskan untuk membuat mural di Kitchen Garden. Kumpulan ketiga ditugaskan untuk membuat mural di dinding surau. Kumpulan keempat ditugaskan untuk  mengecat tembok  bunga.
Kumpulan saya terdiri daripada  Siti Aminah, Akmal Adibah dan saya sendiri. Kami  ditugaskan untuk mengecat tembok bunga. Kami dibantu oleh tukang kebun sekolah. Pak mat menolong kami membancuh cat. Kami  menggunakan cat berwarna  kuning dan merah. Menurut Pak Mat tembok bunga ini  dibuat secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Kami juga membersihkan kawasan di sekitarnya. Selepas tiga jam berlalu, kami dapat menyiapkan tugasan kami.

Setelah selesai menjalankan tugasan ini, kami membantu kumpulan lain mengecat mural di Kitchen Garden. Mentor kami, Puan Suraya Binti Bai  turut serta membantu menceriakan Kitchen Garden. Kitchen Garden merupakan sebuah kebun yang mempunyai pelbagai jenis tanaman yang boleh digunakan dalam masakan. Antaranya ialah pokok kunyit, pokok  pegaga, pokok lengkuas, dan sebagainya.
Pada  mulanya, Kitchen Garden kelihatan tidak begitu menarik kerana warna catnya sudah luntur. Walaubagaimanapun, hasil kerjasama seisi kelas kami dapat menceriakan semula Kitchen Garden. Kami menambahbaikkan semula pondok-pondok yang terdapat di Kitchen Garden agar nampak menarik  dan menceriakan. Hal ini penting kerana perkara sebegini dapat menarik minat murid untuk datang ke Kitchen Garden  dan mengenali setiap jenis tumbuhan yang terdapat di sekitarnya sekali gus ianya dapat menambahkan pengetahuan murid mengenai tumbuhan.
Setelah selesai  tiga jam membuat tugasan ini, kami  berhenti untuk menikmati juadah makan tengah hari. Menu pada tengah hari itu ialah nasi ayam yang disediakan oleh pengusaha kantin sekolah. Selepas menikmati juadah makan tengah hari, majlis penutup diadakan di kantin sekolah.  Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menceriakan kawasan sekolah. Mentor  kami, Puan Suraya Binti Bai juga memberikan sedikit ucapan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami ke sekolah itu dan menyediakan makanan  yang enak. Majlis penutup diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada  pihak IPG Kampus Darulaman  dan  warga kelas PK Dua.
Setelah selesai majlis penutup, satu sesi fotografi dijalankan. Menurut guru besar, gambar-gambar kami akan dimuatkan dalam  blog SK Bukit Pinang. Pada  pukul 2.30 petang kami,  pulang ke kolej kediaman  dengan selamatnya.
PROGRAM KHIDMAT BAKTI  MENCERIAKAN  KAWASAN  SEKOLAH

.
 








Beramah mesra  bersama Guru Besar




 








   Menikmati  sarapan pagi


 








  Tuan Syed Khalid Bin Syed Idrus  juga turut hadir


 









Guru Penolong Kanan memberi taklimat


 









Lukisan mural di dinding surau
 







Mengecat di tembok bunga