Kanak-kanak Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran
Pemerhatian Terhadap Program Pendidikan Jasmani di SK Padang Kala
Pemerhatian di stor sukan sekolah
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di SK Padang Kala, terdapat sebuah bilik khas digunakan sebagai stor untuk menyimpan alatan Pendidikan Jasmani di sekolah. Stor sekolah tersebut di bina berhampiran dengan padang sekolah untuk memudahkan urusan pengambilan dan penghantaran peralatan yang digunakan sewaktu kelas pendidikan jasmani dijalankan. Menurut Ketua Panitia Pendidikan Jasmani, stor sukan tersebut dibina oleh pekerja-pekerja am di SK Padang Kala.
Berdasarkan pemerhatian saya, kawasan permainan dan padang sekolah dalam keadaan yang baik dan selamat untuk pengajaran Pendidikan Jasmani. Kawasan padang SK Padang Kala yang luas dan tiada lalang atau rumput yang tinggi tumbuh di kawasan tersebut.
Selain itu, terdapat juga alat-alat reka ganti yang diusahakan oleh guru yang digunakan untuk mengajar Pendidikan Jasmani. Contohnya, terdapat kotak-kotak terbuang dijadikan kon.
Rumusannya, pengalaman berasaskan sekolah pada kali ini membawa seribu erti bagi saya kerana mendapat gambaran sebenar tentang pendedahan tentang subjek Pendidkan Jasmani. Melalui pemerhatian saya ke atas pengajaran guru, saya akan menghubungkait teori dan praktis untuk persediaan praktikum yang akan datang. Selain itu, saya juga mengetahui teknik pengajaran yang sesuai ke atas murid-murid untuk menjalankan aktiviti Pendidkan Jasmani. Di samping itu, saya juga belajar tentang cara mengawal murid. Pada masa yang sama, saya juga dapat mengenali sikap kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment