Search This Blog

Monday, March 28, 2011

Ku intai cinta dalam rahsia dan air mata........

Namun Ku Punya Hati Lyrics

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga 
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua


Nukilan rasa secebis pengertian buat  insan istimewa... Dulu aku tak mengerti tentang mereka... Sepi hati mereka rintih meminta  dikasihani...Wajah-wajah insan  yang suci ...Merekalah sebahagian ahli syurga...Kini....Aku memegang erat ahli-ahli syurga ini untuk ku bawa mereka melayari bahtera kehidupan yang penuh onak duri.. Ikhlaskan hati mu...ikhlaskan hati dalam mendidik anak-anak ini..... Tatkala ku coret nukilan ini hati ku merintih,air mataku  mengalir..... Mengenangkan nasib anak-anak sebegini yang akan ku ajar kelak..................... 



  "Pok mokkk"

Cepat..cepat ...sapa nak jawab soalan yang cikgu beri ni...... =))

Haziq..Good Boy....




PERALATAN TERAPI SENSORI 






Pada masa kini tidak dapat ditentukan apakah yang menyebabkan masalah pembelajaran. Kita tidak dapat mengetahui apakah yang menyebabkan sesuatu masalah pembelajaran yang dihadapi seperti disleksia atau kesukaran menyelesaikan masalah bagi matapelajaran matematik. Namun, para penyelidik perubatan telah mengaitkan faktor-faktor masalah pembelajaran kepada empat umum; iaitu, kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.
Para penyelidik  perubatan berpendapat kebanyakkan masalah pembelajaran ada kaitan dentgan kecederaan otak. Kecederaan otak pada system sarat pusat biasanya berlaku sebelum kelahiran bayi dan selepas kelahiran bayi. Sebelum kelahiran bayi, kemungkinan terjadi pelbagai kejadian semasa kandungan yang menyebabkan kecederaan otak. Ibu yang menghidap penyakit seperti Rubella, herpes simplex, mengambil dadah, merokok, minum alkohol, terdedah kepada logam berat dan sinar X  akan mengalami risiko yang tinggi kepada masalah ini. Selain itu, semasa kelahiran bayi yang dilahirkan  yang terdedah dengan kekurangan oksigen, tidak cukup bulan atau kurang berat badan dan penggunaan alatan perubatan seperti forsep dan vakum boleh menyebabkan terjadinya masalah ini. Selepas kelahiran bayi juga seorang kanak-kanak sering terdedah dengan pelbagai kemalangan yang mengakibatkan kecederaan otak. Contohnya, kemalangan, demam yang terlalu tinggi, ketumbuhan pada otak seperti meningitis.
Di samping itu, faktor yang lain ialah hubung kaitan dengan genetic.Menurut Pennington, (1990) yang menjalankan kajian mendapati  bahawa kira-kira 35 atau 45 peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca mempunyai ibu atau bapa yang juga menghadapi masalah membaca. Menurut b Raskind (2001), menyatakan bahawa kanak-kanak menghadapi risiko yang tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapanyanya mempunyai masalah yang sama seperti mempunyai masalah membaca.

Keseimbangan biokimia juga merupakan faktor kecederaan otak. Sesetengah pendapat mengatakan ketidakseimbangan bahan-bahan kimia boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan atas kerja-kerja rumah. Contohnya, penggunaan ubat-ubatan yang kononnya membantu mempertingkatkan memori atau mencerdaskan minda. Sehingga kini masih tiada bukti bahawa ubat-ubatan sebegini dapat mengurangkan masalah pembelajaran.
Faktor yang terakhir ialah faktor persekitaran. Terdapat kajian menunjukkan bahawa persekitaran yang tidak selesa seperti kemiskinan, persekitaran kotor, keadaan rumah yang tidak  selesa dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak tidak mesra boleh menimbulkan masalah pembelajaran. Kajian jangka panjang yang dijalankan oleh Hart dan Risely (1995) mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka, mempunyai masalah perkembangan bahasa  yang lewat.
Rumusannya, walaupun empat faktor  yang diutarakan merupakan masalah pembelajaran, namun sebagai seorang guru hendaklah mengajar kanak-kanak pendidikan  khas dengan tanpa mengaitkan masalah yang dihadapi.




No comments:

Post a Comment